Jika dulu tentera merupakan aspek utama sesebuah negara,
Jika dulu kekuatan merupakan teraju utama seorang perwira,
Jika dulu prinsip mejadi pegangan setiap insan
Jika dulu maruah menjadi jagaan setiap pahlawan
Apa bezanya kini...
Tentera dikerah negara "dipertahan"
Negara lemah menjadi korban
Prinsip hanyalah bayangan
Maruah menjadi dagangan
Mana adilnya...
Ada yang kata, zaman kini merupakan zaman "akal" dan bukan lagi zaman "kekuatan fizikal"
muncul dari segenap negara senjata yang membangun, teknologi membawa bencana kepada kaum pencipta...
Mana adilnya...
Adakah ini dimaksudkan tamadun yang sering diperkatakan?
Adakah ini dimaksudkan teknologi?
Dalam konteks keseluruhan, keadilan tidak akan tercipta, kemiskinan tidak mungkin terhapus, kejahatan tidak mungkin tumpas selagi utuhnya bumi menampung setiap yang hidup. Setiap hari pasti ada pertengkaran, pembunuhan, penindasan berlaku. Walaupun banyak sistem dikuat kuasakan. Contohnya penubuhan UN selepas perang dunia ke 2. Apa hasilnya? perang tetap berlaku, malah lebih banyak dari sebelum tertubuhnya UN. Jangan hanya menuding jari, tetapi fikir apa yg telah kita lakukan, apa yg telah kita korbankan. Kita hanya mampu mengurangkan kadar berlakunya penindasan atau kejahatan, tetapi mampukah kita menghapuskannya...
Sekiranya kita renung, dapatkah kita kawal manusia-manusia lain agar mengikut apa yang kita hajati atau kita cadangkan. Hakikatnya sudah tentulah mustahil.
Mengapa begitu kesimpulannya?
Manusia tidak pernah puas akan nikmat yang esa... Tetapi tidak pula dicari keredhaannya... Tidak saya katakan bahawa semua manusia itu serupa, tetapi itulah kesimpulannya.
Mungkin kita tertanya-tanya apa yang harus dilakukan?
Akhirnya berbalik kepada asal... Diri sendiri~
Aku menulis bukan kerana sempurna~
Aku menulis bukan bersahaja~
Aku menulis sebagai petanda~
Mengingatkan diri yang selalu terlupa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment