Sunday, March 29, 2009

Sedarlah Wahai Diriku, Wahai Sahabatku, Wahai Saudara ku

Manusia itu asalnya tanah, asalnya hamba dari pencipta....
Namun manusia sering terlupa, terlupa pada penciptanya, terlupa akan janjinya, terlupa tentang dirinya. Mereka juga lupa akan kelebihan diri, terlupa bahawa mereka adalah ciptaan-Nya yang hebat... Mereka lupa bahawa akal merupakan kelebihan mereka... Bangkitlah manusia, bangkitlah saudaraku, ingatlah yang tuhan tidak menjadikan tangan mu untuk menghancurkan ciptaannya, ingatlah yang tuhan tidak menjadikan kaki mu untuk memusnahkan ciptaannya....
Sebaliknya tuhan jadikan manusia dengan akal untuk berfikir, untuk meyayangi, untuk menghormati, untuk mentaati... bukan sebagai alat untuk menjahanamkan sesama kamu...

Janganlah engkau memandang rendah sesama kamu, kerana sesungguhnya fikiran mu terbatas. Janganlah engkau merasakan dirimu hebat dan pandai, kerana bodoh dan pandai itu umpama siang dan malam. Jika kini engkau dipuja dan dihormati kerana kepandaian mu, tetapi kelak kau dikutuk dan dipandang rendah kerana kebodohan mu. Begitulah sebaliknya... Terimalah ketentuan mu wahai insan, wahai khalifah, wahai manusia, wahai saudara, wahai keluarga ku yang akal mu cetek dan terbatas.

Janganlah engkau cepat bersuara, janganlah engkau pantas menghakimi kerana sesungguhnya engkau tidak pernah lari dari berbuat silap. Perbuatan kita diumpamakan seperti mengunyah makanan, walau 100 tahun lamanya, lidah mustahil tidak tergigit. Ingatlah wahai kawan ku, engkau sentiasa lupa... tidakkah engkau sedar akan perbuatan mu dahulu, tidak malukah dirimu menegur kesalahan yang sering juga dilakukan dirimu... Tenungkan kembali dan ingatlah apa yang engkau lakukan setiap hari.

Aku tidak menulis kerana sempurna,
Aku tidak menulis tanda menghina,
Aku menulis sebagai satu tanda,
Mengingatkan diri, menasihati yang lupa