Tuesday, January 12, 2010

Putus Asa?

Putus Asa... adakah itu menjadi perkataan yang membuatkan hati itu "mati"

CEH...

kalah dan menang bukanlah ukuran, hidup atau mati bukanlah petanda...
kenapa harus tunduk... pandang kehadapan... terus... saksikan apa yang terbentang dihadapan
sekiranya kalah... ianya bukanlah selamanya...
sekiranya mati... ianya bukanlah penamat
sekiranya gagal... ianya bukan bererti kalah!

sekiranya kalah... pengalaman akan menjadi rakan
sekiranya mati... yang hidup terus memperjuangkan
sekiranya gagal... kejayaan kian menghampiri

apa yang hendak ditakutkan.. pandanglah kehadapan...
sekiranya tidak boleh dirempuhi.. cubalah mengatasi... sekiranya tidak boleh mengatasi...
cubalah mengakali, sekiranya kesemuanya buntu...
pejamkan mata, tenangkan hati, pandang kehadapan, genggamlah tangan dan rempuh berkali
senang berkata bukannya diri? senang mengalah takdir tak pasti... bukan begitu? bagaimana lagi...

mati adalah sesuatu yang pasti, tinggalkan harapan dan cita-cita kepada yang hidup...
rempuh, atasi berulang kali... penghujung jalan ada jawabnya... sekiranya gagal menjadi takdir..
pejamkan mata, tenangkan hati, pandang kehadapan, genggamlah tangan dan rempuhinya sekali lagi... manusia mungkin tidak sama.. tetapi tidak pada matlamat...


akhir sekali.. jangan buta dan tuli... pandang kehadapan lihatlah apa dicari...
kereta dan motor tidak sama, tetapi sama pada matlamatnya
tempat dituju bukan penentu, asasnya dipandang menjadi teraju!

Masih Berputus Asa?

Friday, May 29, 2009

Dulu dan Sekarang~

Jika dulu tentera merupakan aspek utama sesebuah negara,
Jika dulu kekuatan merupakan teraju utama seorang perwira,
Jika dulu prinsip mejadi pegangan setiap insan
Jika dulu maruah menjadi jagaan setiap pahlawan

Apa bezanya kini...

Tentera dikerah negara "dipertahan"
Negara lemah menjadi korban
Prinsip hanyalah bayangan
Maruah menjadi dagangan

Mana adilnya...

Ada yang kata, zaman kini merupakan zaman "akal" dan bukan lagi zaman "kekuatan fizikal"
muncul dari segenap negara senjata yang membangun, teknologi membawa bencana kepada kaum pencipta...

Mana adilnya...

Adakah ini dimaksudkan tamadun yang sering diperkatakan?
Adakah ini dimaksudkan teknologi?

Dalam konteks keseluruhan, keadilan tidak akan tercipta, kemiskinan tidak mungkin terhapus, kejahatan tidak mungkin tumpas selagi utuhnya bumi menampung setiap yang hidup. Setiap hari pasti ada pertengkaran, pembunuhan, penindasan berlaku. Walaupun banyak sistem dikuat kuasakan. Contohnya penubuhan UN selepas perang dunia ke 2. Apa hasilnya? perang tetap berlaku, malah lebih banyak dari sebelum tertubuhnya UN. Jangan hanya menuding jari, tetapi fikir apa yg telah kita lakukan, apa yg telah kita korbankan. Kita hanya mampu mengurangkan kadar berlakunya penindasan atau kejahatan, tetapi mampukah kita menghapuskannya...

Sekiranya kita renung, dapatkah kita kawal manusia-manusia lain agar mengikut apa yang kita hajati atau kita cadangkan. Hakikatnya sudah tentulah mustahil.


Mengapa begitu kesimpulannya?


Manusia tidak pernah puas akan nikmat yang esa... Tetapi tidak pula dicari keredhaannya... Tidak saya katakan bahawa semua manusia itu serupa, tetapi itulah kesimpulannya.

Mungkin kita tertanya-tanya apa yang harus dilakukan?

Akhirnya berbalik kepada asal... Diri sendiri~


Aku menulis bukan kerana sempurna~
Aku menulis bukan bersahaja~
Aku menulis sebagai petanda~
Mengingatkan diri yang selalu terlupa.

Sunday, March 29, 2009

Sedarlah Wahai Diriku, Wahai Sahabatku, Wahai Saudara ku

Manusia itu asalnya tanah, asalnya hamba dari pencipta....
Namun manusia sering terlupa, terlupa pada penciptanya, terlupa akan janjinya, terlupa tentang dirinya. Mereka juga lupa akan kelebihan diri, terlupa bahawa mereka adalah ciptaan-Nya yang hebat... Mereka lupa bahawa akal merupakan kelebihan mereka... Bangkitlah manusia, bangkitlah saudaraku, ingatlah yang tuhan tidak menjadikan tangan mu untuk menghancurkan ciptaannya, ingatlah yang tuhan tidak menjadikan kaki mu untuk memusnahkan ciptaannya....
Sebaliknya tuhan jadikan manusia dengan akal untuk berfikir, untuk meyayangi, untuk menghormati, untuk mentaati... bukan sebagai alat untuk menjahanamkan sesama kamu...

Janganlah engkau memandang rendah sesama kamu, kerana sesungguhnya fikiran mu terbatas. Janganlah engkau merasakan dirimu hebat dan pandai, kerana bodoh dan pandai itu umpama siang dan malam. Jika kini engkau dipuja dan dihormati kerana kepandaian mu, tetapi kelak kau dikutuk dan dipandang rendah kerana kebodohan mu. Begitulah sebaliknya... Terimalah ketentuan mu wahai insan, wahai khalifah, wahai manusia, wahai saudara, wahai keluarga ku yang akal mu cetek dan terbatas.

Janganlah engkau cepat bersuara, janganlah engkau pantas menghakimi kerana sesungguhnya engkau tidak pernah lari dari berbuat silap. Perbuatan kita diumpamakan seperti mengunyah makanan, walau 100 tahun lamanya, lidah mustahil tidak tergigit. Ingatlah wahai kawan ku, engkau sentiasa lupa... tidakkah engkau sedar akan perbuatan mu dahulu, tidak malukah dirimu menegur kesalahan yang sering juga dilakukan dirimu... Tenungkan kembali dan ingatlah apa yang engkau lakukan setiap hari.

Aku tidak menulis kerana sempurna,
Aku tidak menulis tanda menghina,
Aku menulis sebagai satu tanda,
Mengingatkan diri, menasihati yang lupa